Panel Perunding Mata Pelajaran Urusetia : Sektor Pengurusan Akademik Keanggotaan : - Dilantik berdasarkan kepakaran / kemahiran dalam mata pelajaran iaitu dari kalangan; - Guru Cemerlang - Guru berpengalaman - Guru yang mahir dalam mata pelajaran berkaitan berkaitan P&P dan pentaksiran - Guru yang mempamer prestasi P&P cemerlang - Menjadi ahli dalam JK Kurikulum Daerah Peranan dan tanggung jawab : - menilai keberkesanan guru dalam melaksanakan kurikulum di sekolah berdasarkan prestasi mata pelajaran dalam peperiksaan awam, pengamatan atau melalui maklumat lain yang diperolehi - mengkaji kekuatan, kelemahan dan masalah pelaksanaan kurikulum di sekolah - mencadang dan memberi nasihat untuk memperbaiki tahap pelaksanaan kurikulum - membimbing guru-guru yang memerlukan melalui kursus-kursus yang diselaraskan oleh JPN/PPD/ Pengerusi Panitia MP daerah/JKD/ MGC atau JK lain yang diberi mandate - Membantu perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang dirancang oleh KPM/JPN/PPD/JKD
- Memberi khidmat bantu ke arah memantapkan pelaksanaan kurikulum mata pelajaran berkaitan dengan matlamat memperbaiki tahap penguasaan murid ke arah pencapaian prestasi akademik cemerlang sesuai dengan keupayaan murid.
Maklumat tentang skop dan peranan badan-badan perhubungan akademik Jabatan Pelajaran Negeri Johor yang lain boleh muat turun di sini
















